Monday, October 24, 2011
Juadah dihari raya 2011
Friday, September 30, 2011
Kemeriahan Raya 2011
tengok jelah gelagat anak bongsu ni.. bersalam di hadapan kakak-kakak nya.. anim , ejum, along dan menantuku eddy
gelagat cucu sulung menerima duit raya dari Mama Ej nya.. |
Along sekeluarga |
Kemeriahan syawal 2011 maseh terasa melihat telatah anak2 dan cucu menjadi aku cukup bersyukur apa yang Allah s.w.t berikan padaku
Alhamdullah.
Monday, September 12, 2011
HIKMAH DISEBALIK NAMA
Hikmah di sebalik nama
Kita hendaklah selalu berdoa agar dimatikan sebagai orang mukmin. - gambar hiasan
KISAH hidayah anak muda bernama Tarik Preston boleh dikategorikan sebagai satu yang unik. Semuanya berpunca daripada nama Tarik yang diberikan oleh ibu bapanya sebaik dia dilahirkan.
Ini kerana nama Tarik itu adalah nama yang kebiasaannya jarang menjadi pilihan rakyat Amerika, berbanding dengan rakyat Amerika Afrika dek kerana ketara nilai keislamannya.
Sepanjang membawa nama tersebut, banyak kali juga dia bertemu dengan mereka yang memiliki nama serupa ataupun mereka yang mengetahui makna nama tersebut.
Ada juga yang ditemui menanyakan Tarik: "Kamu tahu ke erti nama kamu itu?" Dengan selamba dan berbangga dia membalas spontan: "Tahu, bintang yang menyebarkan cahaya terang."
Ada ketikanya Tarik akan menokok tambah dengan kisah sejarah Islam mengenai ketokohan Tariq bin Ziyad yang terkenal dengan kisah penaklukan beliau ke atas kota Sepanyol pada 711 sebelum Masihi.
Cerita pemuda yang memeluk Islam ini pada tahun 1988 dalam usia yang dikira muda iaitu 19 tahun itu lagi, ironinya walaupun dia mengakui akan fakta penting daripada makna namanya itu, dia masih belum mengetahui akan signifikan nama Islamnya itu sehinggalah dia bergelar pelajar kolej.
"Saya mula menjejakkan kaki ke kolej pada usia 16 tahun dengan mengambil pengkhususan dalam bidang praperubatan/biologi dengan harapan untuk menjadi doktor.
"Saya tahu untuk bergelar seorang doktor ia memerlukan kepada bebanan tanggungjawab yang cukup berat dan besar. Lantas itu, sudah tentulah saya perlukan kaedah yang baik untuk dijadikan ikutan di dalam hidup ini.
"Pada tahun pertama pengajian, saya cuba membaca kitab Bible, sayangnya ajaran Kristian sukar diterima dek akal," akui Tarik.
Tambah Tarik, ketika belajar berkaitan kerumitan sel biologi dalam tubuh manusia yang begitu menakjubkan pada tahun itu, dia dan juga sebahagian teman sekuliah mula mengakui akan kepercayaan kepada kewujudan satu kuasa hebat atau dipanggil Pencipta. Jika melihat kepada fakta kejadian itu, memanglah mustahil ia berlaku secara kebetulan sebagaimana yang dispekulasi oleh para saintis moden.
Sementelah pula pada cuti musim bunga, Tarik ada berbincang dengan neneknya berkenaan dengan aspek teologi. Pengakuan neneknya seorang yang beragama Kristian, sedikit sebanyak telah menarik minat Tarik.
Kata neneknya: "Saya menyembah Tuhan tetapi saya tidak menyembah kepada Nabi Isa kerana saya lebih rasa selamat dengan menyembah Tuhan!" Malah dia menasihati saya supaya tidak beribadat atas nama Nabi Isa, sebaliknya beribadat kerana Tuhan.
"Sebaik kembali ke kolej seusai bicara itu, saya mula bersembahyang pada setiap malam sebelum melelapkan mata sebagaimana yang diajarkan nenek. Tetapi sebagaimana nasihat nenek, saya tidak lagi berdoa atas nama Nabi tetapi sembahyang saya itu adalah kerana Tuhan semata-mata.
"Sebaik saya mengambil keputusan, muncul rasa bersalah kerana melakukan ritual sembahyang dengan cara berbaring di atas katil. Jadi, saya mula bersembahyang dengan melutut di birai katil, yang mana ia jauh lebih selesa buat saya.
"Dalam situasi sedang mencari sesuatu yang dapat membimbing saya dalam hidup ini, pada suatu hari ketika sedang melintasi kampus, saya telah memohon bimbingan daripada Tuhan," katanya.
Semasa tahun pertama di kolej, seorang teman yang baru memeluk Islam telah menyapa Tarik lantas memberikan salam kepadanya sebaik melihat kelibat Tarik yang sedang berjalan melintasi kawasan kampus.
Oleh kerana membesar di Chicago sejak pada tahun 1970-an, ucapan salam yang seringkali diucapkan oleh seorang yang beragama Islam bukanlah sesuatu yang asing didengar. Lantas dia terus membalas salam temannya itu dengan kebiasaan salam seorang saudara Muslim.
Rupa-rupanya balasan salam itu telah menimbulkan keraguan dan rasa ingin tahu temannya itu sehinggalah terpacul soalan berbunyi: "Adakah anda sudah Islam?" Pantas balas Tarik: "Saya adalah United Methodist." Angguk temannya seraya menjawab, "Oh... saya ingatkan awak sudah Islam kerana nama awak itu."
Tidak lama selepas pertemuan itu, mereka bertemu sekali lagi pada satu sesi kelas pengajian. Temannya telah cuba menjelaskan tentang Islam kepada Tarik dan teman-temannya yang lain. Memandangkan usianya yang masih muda serta baru berjinak-jinak dengan agama Islam, jadi tidak banyak maklumat berkaitan Islam yang dapat dikongsi.
"Apabila pulang bercuti pada musim panas, saya mengambil kerja sambilan sebagai telemarketer. Di situ saya bertemu dengan seorang Muslim bernama Ahmed. Selain seorang mualaf dengan kerakyatan Puerto Rico namun air mukanya sama seperti raut wajah seorang teman Muslim di kolej. Lantas, saya bertanya kepada Ahmed adakah dia seorang Muslim.
Sambil tersenyum dia membalas: "Ya Tarik. Agak juga Islam?"
Saya menjawab: "Tidak. Saya seorang United Methodist."
Ahmed tersenyum sinis lalu berkata: "Dengan nama Tarik, awak sepatutnya seorang Muslim."
Mereka mula berbicara mengenai tauhid. Tarik begitu tertarik dengan konsep monoteisme dalam Islam.
Akhirnya, Ahmed telah mempelawa Tarik ke rumahnya dan ketika di situ, Tarik telah ditunjukkan sebuah kitab terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris.
"Saya begitu tertarik dengan cara dia memberi penghormatan kepada kitab sucinya itu dan saya meminta kebenaran daripada Ahmed meminjamnya.
"Dia bersetuju dengan syarat saya juga perlu menjaga dan menghormati kitab tersebut sebagaimana dia memelihara kesucian kitab suci itu dengan meletakkannya di tempat yang bersih dan selamat.
"Hati saya tidak sabar untuk mula membacanya," jelas Tarik.
Dua minggu kemudian, dia mengajak Ahmed ke rumah dan mereka bercerita mengenai Islam. Tarik memberitahu akan kepercayaannya pada apa yang tertulis di dalam kitab al-Quran itu dan hasratnya untuk memeluk Islam.
Pada keesokkan harinya, mereka ke Pusat Islam di Washington D.C dan Tarik melakukan syahadah.
"Beberapa tahun selepas pengislaman, Allah SWT menganugerahkan saya dengan rezeki untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Madinah di mana saya memperoleh ijazah dalam bahasa Arab dan sarjana muda sains hadis," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Sunday, August 14, 2011
INFO SEJENAK DIBULAN RAMADHAN
Hikmah Penciptaan Dua Tangan
Allah menciptakan sepasang tangan sebagai alat dan senjata bagi manusia serta sebagai modal baginya dalam kehidupan ini. Allah memanjangkan keduanya sehingga dapat meraih bagian tubuhnya yang mana pun. Lalu Allah membuat lebar telapak tangan agar ia dapat menggenggam dan menghamparkan. Allah melengkapinya dengan lima jari. Masing-masing jari diberi tiga ruas, sedangkan jempol hanya dua ruas.
Allah menempatkan jempol di satu sisi dan keempat jari lainnya di sisi lainnya agar jempol dapat meraih seluruh jari lainnya. Jari-jari tersebut ditempatkan pada tempat yang layak digunakan untuk memegang, menggenggam, menghamparkan, dan melakukan pekerjaan-pekerjaan. Sekiranya seluruh umat manusia dahulu dan sekarang berkumpul untuk memikirkan penempatan jari-jemari selain tempat yang telah ditetapkan Allah, niscaya mereka tidak akan menemukan tempat lain yang lebih sesuai untuknya.
Mahasuci Allah, sekiranya Dia berkehendak menjadikan semua jari itu sama rata tanpa ruas seperti pedang, niscaya manusia tidak akan dapat melakukan berbagai aktifitas, pekerjaan, kerajinan tangan, dan lain sebagainya. Diciptakannya ruas-ruas bagi jari, membuat manusia dapat melakukan apa yang diinginkannya. Jika ia genggam, maka bisa sebagai alat cengkeram dan alat pukul. Jika ia hampar sedikit dan genggam sedikit, maka bisa menjadi alat penampung dan penciduk untuk menerima dan memegang sesuatu yang diberikan kepadanya.
Kemudian Allah menghiasinya dengan kuku di ujung jari-jemari yang berfungsi sebagai hiasan, tiang penyangga, dan pelindungnya. Dengan kuku tersebut, ia dapat memungut benda-benda yang kecil yang tidak dapat dipungut oleh ruas jari. Dan kuku juga berfungsi sebagai senjata bagi hewan dan burung, sebagai alat untuk mengais rejeki mereka. Manusia dapat menggaruk badannya dengan kuku bila dibutuhkan.
Kuku yang merupakan anggota tubuh yang kecil dan dipandang remeh, sekiranya tubuh manusia tidak dilengkapi dengannya kemudian ia untuk menggaruk badannya, niscaya tidak ada anggota tubuh lainnya yang dapat menggantikan fungsi kuku dalam hal ini. Kemudian tangan menuntunnya ke tempat yang gatal hingga dapat dicapai oleh kuku, meskipun saat tidur atau tanpa disadari tanpa harus diminta. Sekiranya ia meminta bantuan kepada orang lain untuk menggaruknya, niscaya tidak akan dapat dengan mudah mencapai tempat yang gatal, pasti ia kesulitan menemukan tempat yang gatal itu!
Kemudian, coba perhatikan hikmah dimatikannya rasa dari kuku-kuku tersebut. Sebabnya, kuku itu akan memanjang dan butuh dipotong atau dipendekkan. Sekiranya diberi rasa, niscaya akan mengalami dua kesulitan. Pertama, ia terpaksa memanjangkannya sehingga menjadi buruk dan berat baginya. Kedua, ia harus memotongnya dengan merasakan sakit dan pedih yang luar biasa.
Kemudian, coba perhatikan leher yang menjadi penyangga kepala. Terkomposisi dari tujuh tulang yang berongga dan bulat. Kemudian menyusunnya sedemikian rupa, masing-masing tulang disusun secara rapi dan kokoh, sehingga seolah menjadi satu kesatuan. Kemudian leher tersebut disambungkan ke punggung dan dada. Kemudian punggung disambung dari atas sampai ke bawah dengan tulang-tulang punggung sebanyak 24 tulang yang saling tersambung satu sama lain.
Itulah pusat seluruh otot dan uratnya yang apabila tidak diikat dengannya, niscaya otot dan urat tersebut pasti terurai dan tercerai-berai. Kemudian tulang-tulang tersebut disambung satu dengan lainnya sehingga tulang punggung tersambung dengan tulang dada, tulang bahu tersambung dengan tulang lengan atas, tulang lengan atas tersambung dengan tulang lengan bawah (tulang hasta), tulang hasta tersambung dengan tulang pergelangan tangan dan tulang jari."Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengar an, penglihatan dan kulitmu terhadap mu." (QS.Fushshilat:22)
Yang dimaksudkan dengan kulit adalah kemaluan dan paha, dan itulah kewajiabn yang ditetapkan Allah subhanahu wata’ala atas kemaluan yakni menjaganya dari segala sesuatu yang tidak halal untuknya.
Kewajiban Dua Tangan
Kewajiaban yang ditetapkan oleh Allah subhanahu wata’ala terhadap dua tangan adalah agar tidak melakukan hal-hal yang diharamkan. Dan sebaliknya harus mengerjakan apa yang diperintahkan Allah seperti shadaqah, silaturrahim, jihad fi sabilillah, bersuci, shalat dan sebagainya. Allah subhanahu wata’alaberfirman, artinya,
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku," (QS. al-Maidah:6). Dan hingga akhir ayat ini.
Allah subhanahu wata’ala juga berfirman, artinya,
“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti." (QS.Muhammad:4)
Hal itu disebabkan karena memukul (menyerang) musuh, berperang, silatur rahim dan shadaqah merupakan obat bagi penyakit (yang dilakukan) tangan.
Kewajiban Dua Kaki
Allah subhanahu wata’alamewajibkan dua kaki agar tidak berjalan menuju hal-hal yang diharamkan-Nya. Di antara kewajiban kaki adalah sebagaimana disebutkan di dalam firman-Nya, artinya,
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." (QS. al-Isra':37)
Kewajiban Wajah
Allah subhanahu wata’ala menetapkan kewajiban terhadap wajah untuk bersujud kepada-Nya baik di kala siang maupun malam, terutama dalam waktu-waktu shalat yang sudah ditetapkan. Firman Allah subhanahu wata’ala, artinya,
“Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (QS. al-Hajj :77)
Dalam firman yang lain, artinya,
“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah.” (QS. 72:18)
Yang dimaksudkan dengan masajid adalah tempat sujud baik bermakna masjid atau anggota badan yang digunakan untuk bersujud berupa dahi/kening dan selainnya.
Demikianlah di antara kewajiban-kewajiban yang ditetapkan oleh Allahsubhanahu wata’ala kepada anggota badan manusia, sebagaimana yang disampaikan oleh al-Imam asy-Syafi'i. Mudah-mudahan Allah subhanahu wata’ala memasukkan kita semua ke dalam golongan orang-orang yang beriman dengan benar serta mereali sasikan keimanan itu dengan segenap anggota badan kita, amin ya Rabbal 'alamin.
tazkirah diri
INFO DIRI.
Harta, tahta, kehormatan, kecantikan, ketampanan pasti akan pergi. Ibarat air sungai yang rindu akan lautnya. Sekuat apapun bendungan, air akan mencari celah atau angin akan mengangkatnya keawan dan kemudian menjatuhkannya kesamudra.
Sunday, August 7, 2011
Doa Lembut Hati
Assalammualaikum wbk.Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.
Dengan izin moderator budiman. Berikut saya sisipkan doa melembutkan hati anak yang keras (degil), doa penyayang dan juga doa pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati.
(1) Melembutkan hati anak yang degil dan keras
Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan
[1] Taa' Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi
[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka
(2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)
(3) Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati
Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 sehingga 129 semasa berjumpa atau bertentang mata
[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"
12 Azab bagi mereka yang meninggalkan Solat
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
1.Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
Subscribe to:
Posts (Atom)