Tuesday, November 22, 2011

11 JENIS MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu m

10 PESANAN BUMI KEPADA MANUSIA


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.


Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke 
    dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab 
    di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal 
    di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan 
    oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam 
    perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi 
    ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan 
     di dalam perutku…

HIDUP ini Hanya sementara di dunia ini….akhirat yang patot dikejar….INSYA ALLAH. takotlah anda kepada azab yang bakal mnimpa kamu sekalian..

ANGRY BIRD PADA PANDANGAN ISLAM



     Assalamualaikum wahai reader sekalian.Sebelum ini ramai yang mengatakan bahawa permainan game Angry Bird adalah mengutuk Islam kerana bercampur antara benda halal dan haram. Sebab manusia ini jarang untuk menilai sesuatu benda dari segi positif.

Cuba kita ambil yang positif dalam permainan Angry Bird
1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
     Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?

Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
Yang putih pula?sanggup mengorbankan anaknya!

     Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya… terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga…”
(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

    Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

     Tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? tidak diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbezasetiap burung mempunyai isti’ab (penguasaan) yang berbeza jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu

JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP KAUM WANITA



     Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

   Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

 Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

5 CARA SELAMATKAN DIRI DARI MAKSIAT



JIKA kita sedar betapa tingginya nikmat Allah yang anugerahkan, nescaya tidak ada satu alasan pun untuk derhaka kepada-Nya.


Sejak bangun daripada tidur sehingga tidur kembali, bahkan dalam tidur itu sendiri, semuanya itu tidak akan dapat dilakukan tanpa kuasa dan izin Allah s.w.t.

Apa yang ada pada diri kita mulai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adalah pemberian Allah. Segala pemberian yang ada di sekeliling kita seperti keluarga, sanak saudara hingga harta benda adalah kurniaan Allah.



Tidak ada satu detik pun yang dijalani oleh seorang hamba dalam kehidupannya di dunia ini, melainkan ia berada di bawah kurniaan dan anugerah Allah.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya).” (Surah An-Nahl ayat 53)


Mengetahui hakikat yang agung ini, apakah yang harus kita lakukan sebagai seorang hamba lemah yang tidak memiliki daya upaya apa pun untuk mewujudkan sesuatu melainkan kerana pertolongan daripada-Nya?

Mengapa kita derhaka kepada-Nya padahal setiap detik kita menikmati pemberian-Nya? Mengapa kita melalaikan-Nya kerana kesombongan kita dengan mengatakan bahawa segala yang kita capai adalah kerana usaha kita belaka.


Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham lalu berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang yang banyak melakukan perbuatan dosa, maka nasihatilah aku!


Ibrahim berkata: “Jika kamu mahu menerima lima perkara dariku dan kamu mampu melaksanakannya, maka perbuatan maksiat apa pun tidak akan mencelakakan kamu.”


Maka orang itu berkata: “Apakah itu? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah makan daripada rezeki-Nya!”


Orang itu menjawab: “Jika begitu, dari mana aku makan kerana semua yang ada di bumi ini adalah pemberian-Nya? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya ?”
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang kedua? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah kamu tinggal di bumi-Nya!


Orang itu berkata: “Ini lebih besar dari yang pertama, di mana aku harus tinggal? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya ?”

Sunday, November 20, 2011

Bermesra dengan Gajah DiSintuari Di Tasek Kenyir,Terengganu













Diperjalanan pulang dari Simpang Pualai, Ipoh Ke Kuala Berang kami singgah diSintuari Gajah,Sg Ketiur dekat tasek Kenyir, Teruja dengan bertemu gajah2 jinak yang bernama Salleh dan Suria diabadikan gambar dapat memberikan pose yang menjadikan kenangan kami.

Memetik strawbery diCemeron












Terpukau pada buah2 yang meranum dipokok nya tapi ayang gambar tak sempat di abadikan cuma kami posekan kat tempat jualan saja, Memang makan strawbery yang segar memang teruja.

Friday, November 18, 2011

Nyaman nya diladang teh Cameron Higland

Sejauh  mata memandang dan kehijauan ladang teh memukau seketika indahnya ladang teh dan suasana nyaman diCameron valley ini

Bercuti di Cameron Highland





Sementara menghabiskan cuti hari raya aidl fitri dam kebetulan tempat percutian pun perjalanan balik keTerenganu dari arah Lebuh  raya Simpang Pualai,Ipoh KeKuala Berang Terengganu. Kami singgah bermalam diHotel Cameron Highland dan sempat meninjau suasana sejuk yang kebetulan musikm hujan ya memang sejuk dan membeku.

Tuesday, November 15, 2011

Kenangan beraya dengan ibu dikampong



Bukan nya saban tahun kami dapat beraya dikampong, namun untuk melepaskan rindu pada ibu dan kampong yang ditinggalkan.Juga memenuhi hasrat untuk bersembahyang adil adha dimasjid kampong ku. Dimana ku temui saudara mara dan rakan taulan yang dah lama tak berjumpa. memang keriuhan bertemu dan bertanya berita membuatkan aku sendu dan teringat kan sejarah pahit  manis bersama.

Jejak2 yang ditinggalkan..kampong ku
















Aidiladha yang berlalu ku jejaki semula tanah kelahiran ku disamping  beraya dengan ibu..sepanjang percutian, Kampong yang dulunya ceria dan riuh dengan ragam penduduknya kini lesu dan sunyi banyak warga tua nya sudah pun tiada  rumah2 tinggal usang dan sepi ,malah reput dan rebah menyembah bumi namun memori ini tetap juga ku abadikan pada kesan memori yang pernah ku jejaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...