Friday, July 15, 2011
WAJAH IBU YANG TERSAYANG
Alhamdullah takdir allah menemukan nya dengan seorang ibu yang cukup penyayang , naif dan berbudi bahasa amat payah didengari keluhan tentang kehidupan yang dilaluinya.punya rupa yang lembut, seorang ibu yang baik kuat beribadah Alhamdullah itu yang termampu digambarkan untuk seorang ibu..Hajjah Saerah.
Teratak bonda yang telah lama ditinggalkan.
Sempena untuk menghadapi bulan Ramadhan, kami singgah menjenggah ibu yang tinggal kesorangan dikampung sedih juga melihat suasana kampung yang telah lama ditinggalkan.Apakan daya peredaran masa dan takdir menentukan perjalanan hidup seseorang. Namun dihati terpahat kasih sayang yang utuh dari anak kepada seorang ibu yang telah banyak menabur jasa sekian lama...biar pun sumbangan bulanan yang tetap diberikan namun belum cukup membalas jasa mu ibu.
TELATAH SEORANG ANAK LELAKI-MOHAMAD FADZIL
Telatahnya kadang buat kami tersenyum ...layannnn je lah telatah dan gaya anak lelaki yang sorang ni..janji dia belajor sungguh sungguh jadi anak yang baik sentiasa ingat perintah Allah.Sayang pada Abah dan mak serta semua keluarga.Gambar diabadi sekitar majlis tauliah PELAPES di UTHM,Batu Pahat, Johor.
Thursday, July 14, 2011
Semangat Patriotik anak gadis ku - NurHanim Aina
Tahniah ...bangga anak gadisku yang dikenali sikap pemalu, lemah lembut mampu memberikan ketahanan diri mengikuti latihan ala tentera di Universiti nya selama 3 tahun .Dan mungkin sebagai pelengkap bagi diri nya bila dia berkerja nanti.
Dan pada tarikh 9 Julai, 2011 kami telah dijemput bagi menyaksikan ISTIADAT PERTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI KADET PELAPES IPTA DI UTHM, BATU PAHAT, JOHOR.
Dan pada tarikh 9 Julai, 2011 kami telah dijemput bagi menyaksikan ISTIADAT PERTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI KADET PELAPES IPTA DI UTHM, BATU PAHAT, JOHOR.
Monday, July 4, 2011
Ikan-ikan kesayangan abah
Kesian...sedihnya dia..
Ikan-ikan belaan abah dah lama menjadi kesayangan nya mungkin menghabiskan masa dihujung minggu juga bagi mengindahkan mini pagola didepan rumah.Tapi baru2 ni seekor ikan yang besar juga hampir 6 tahun abah bela mati.Ikan itu dah senonem dengan nya pagi2 selepas sembahyang subuh semuanya berkerumun ditepi kolam menunggu tuan nya taburkan makanan Mungkin petang tu abah bersih kolam dan terlewat bubuh anti klorin.Sebenarnya ikan abah banyak dah mati pernah dulu terputus bekalan letrik 5 jam banyak juga ikan abah mati kekurang oksigen. Namun abah kata nak buat cam mana..kita beli lagi anak ikan yang baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)




