Thursday, June 2, 2011

Tips mudah ketika temuduga.

Adab Temuduga
_________________________________________________________________________________


Di awal temuduga

* Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;

* Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;

* Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;

* Bersikap tenang dan tidak gementar;

* Jangan menguasai sesi temuduga;

* Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;

* Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diriatau masalah kewangan;

* Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;

* Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;

* Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;

* Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga;



Di akhir temuduga

* Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;

* Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;

* Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...