Wednesday, April 20, 2011

INFO KESELAMATAN- ANAK2 DIRUMAH

Panduan Keselamatan di Rumah

Panduan-panduan Keselamatan di Rumah


Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat.Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah:
• Terjatuh
• Terkena api
• Terambil racun
• Sesak nafas atau tercekik
• Lemas

Berikut adalah senarai perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda serta persekitarannya selamat untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun anda harus ingat bahawa walau apa pun yang anda lakukan untuk menjadikan persekitaran kanak-kanak anda selamat, perkara yang terbaik untuk diamalkan ialah untuk mendidik anak anda untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Pelan anda untuk menjadikan rumah anda selamat boleh dijadikan proses pengajaran yang mengambil kira penglibatan anak-anak anda ini adalah kerana ia dapat diperbaiki dari masa ke semasa melalui bantuan dan pandangan anak-anak anda.


Perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda lebih selamat, ialah:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...