Tuesday, April 19, 2011

Tazkirah diri- Tanda2 kiamat kecil

Tanda-Tanda Kiamat Kecil
Assalamualaikum...

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis

1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
"Rasulullah
s. a. w. telah bersabda:"Aku
menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan
salah
satu di
antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk,
yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada
zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh,
rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda
menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" -
Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah
dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"
-
Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk
dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka
bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang
hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran - Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda
semakin
dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang
yang
bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang
yang
beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya
di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari
kiamat
ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya
hari
kiamat ialah enggelembung
(membesarnya) bulan sabit."
Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir
zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan
membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah
didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu
dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya
sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan
disembunyikan
kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang
hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan
sungai-sungai." - Sahih Muslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...