Monday, April 18, 2011

Sembang2 D' Jendela hati seorang wanita

Alhamdullah syukur kepada Allah yang telah memanjang usiaku dapat juga aku meluahkan catatan kehidupan yang kini dah pun mencecah keusia warga emas..terlalu cepat masa berlalu meninggalkan seribu kenangan pahit manis untuk dikenang selagi  hayat dikandung badan.Terasa baru saja satu fasa ke fasa dilalui dari muda hingga dewasa dan kini,,, yang meniti fasa2 usia emas...Bila ku layari Facebook kekawan sekolah, kekawan sekampong,setempat kerja, setaman perumahan terasa kejutan bila melihat pelbagai gaya kehidupan yang mewarnai mereka. dari raut wajah, cerita dan kehidupan semuanya sudah berubah dan berlainan cerita.


Cerita  hal cucu lah dulu...
















Anak perempuan sulong  berkahwin dah ada anak 2 orang lelaki belaka, Yang sulong dah hampir 3 tahun dan kedua baru nak masuk 10 bulan  Mereka menetap Di Kuala Lumpur. Bila berjauhan biasalah kerinduan sentiasa ingat pada telatah mereka maka setiap bulan terpaksa lah ambik cuti hujung minggu berjumpa mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...