Tuesday, April 19, 2011

Tips untuk barbaque keluarga



TIPS DAN HIMPUNAN RESIPI UNTUK BARBEQUE

Kepada yang ingin membuat barbeque. 
Sekiranya da resipi-resipi lain yang sesuai untuk majlis barbeku harap ahli-ahli sudi berkongsi bersama.

TIPS
1) Buat keputusan bahan-bahan barbeku hendak disediakan oleh tuan rumah ataupun kira “pot luck” di mana sesebuah keluarga atau seseorang diberi tugas untuk menyediakan keperluan untuk masakan tersebut.

2) Listkan menu untuk barbeku. Apakah makanan yang hendak dibarbeku dan apakah lauk-pauk sampingan yang harus ada.

3) Kalau ada daging/ayam yang harus diperap dengan sos perapan, lebih sedap kalau diperap semalaman.
Lebihan sos marinate jangan dibuang boleh direnjis atas daging sewaktu barbeku.

4) Sediakan semua bahan yang hendak dibarbeku sebelum memulakan barbeku.

5) Jangan campurkan daging mentah yang belum dimasak dengan lauk-pauk yang telah dimasak (eg. Mee goreng).
Kena organize sikit.

6) Paling simple, mudah dan tidak membazir.
Gunakan pinggan kertas dan cawan plastik.
Kira dah pakai, buang.

7) Sediakan balang air yang besar.
Jadi tak payah buat air berkali-kali.
Selalu air yang disediakan adalah sirap rose + sirap orange + ice cream soda = fruit punch.

Juga tidak lupa Sos Cili Thai, Black Pepper Sos, Sos Tomato, Mayonaisse untuk mencecah segala yang dibarbeku.

10) Majlis barbeku juga adalah sesuai untuk berinteraksi.

himpunan resipi-resipi menarik untuk barbeku dan termasuk sos yang boleh digunakan
untuk bahan perapan “marinate” daging.

* Daging Steak BBQ
* Rusuk Kambing dilumur rempah BBQ
* Udang Garlic Butter
* Ketam Garlic Butter
* Kepah Garlic Butter
* Drumstick/ Kepak Ayam BBQ
* Ikan Kembung Balut Daun Pisang BBQ
* Kebab
* Satay
* Jagung BBQ
* Kentang BBQ
* Coleslow
* Salad Buah
* Bee Hoon Kering
* Macaroni Goreng
* Mee Goreng
* Marshmallows (ini untuk budak-budak cucuk kat lidi panggang atas bara kasi lembik sikit lepas tu boleh dimakan)
* Agar-agar konyakku (pencuci mulut)
* Cocktail Jelly
* Kuih-Muih (biasanya seperti karipap, kek, jelly, pudding dan roti sardin pun ada)

SOS BBQ/REMPAH UNTUK DIJADIKAN BAHAN “MARINATE”
SOS BBQ (Basic)

Bahan-bahannya
1 biji bawang, dicincang halus
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula perang
4 sudu besar jus lemon
1 cawan sos tomato
3 sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh sos tobasco
garam secukup rasa

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga kuning
dan masukkan bahan-bahan yang lain.
Reneh sos selama 30 min.
Setelah sejuk masukkan ke dalam belender untuk mendapatkan sos yang halus.
Boleh digunakan untuk ayam, daging, rusuk sewaktu barbeku.

SOS PERAPAN YANG SESUAI UNTUK DAGING STEAK
(daging hendaklah diperap dengan sos sekurang-kurangnya 4 jam dan lebih baik semalaman)

Bahan-bahannya
1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia, diparut halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan
dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku

REMPAH RUB UNTUK RUSUK KAMBING

Bahan-bahannya
1 ¼ cawan gula
1 ¼ cawan gula perang
¼ cawan serbuk lada hitam
¼ cawan paprika
garam secukupnya

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan boleh digunakan untuk rusuk kambing yang hendak dibarbeku.
Lumurkan pada rusuk kambing 10 minit sebelum dibarbeku.
Lebihan rempah boleh disimpan dalam bekas ketap udara.

GARLIC BUTTER (sesuai untuk udang, kepah dan ketam)

Bahan-bahannya
1 cawan mentega
8 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-caranya
Bawang putih yang telah dicincang digaulkan dengan mentega.
Lumurkan 10 minit sebelum barbeku udang.
Udang juga sedap dibarbeku begitu sahaja untuk mengekalkan rasa manisnya.

Ketam
lumurkan dengan Garlic Butter sewaktu barbeku taburkan sedikit lada hitam atas ketam.
Fuhh sedap hingga menjilat jari.

Kepah
juga sesuai untuk dilumur bersama garlic butter sebelum dibarbeku.
Kalau suka boleh taburkan dengan serbuk parsley.

DRUMSTICK/ KEPAK AYAM BBQ
24 keping drumstick ayam

Bahan perapan
16 sudu besar sos tomato
16 sudu besar sos Worchestershire
9 sudu besar madu
250 gram gula perang
2 sudu the sos tobasco
garam dan lada hitam secukupnya

Cara-caranya
Atur drumstick ayam dalam bekas.
Campurkan kesemua bahan perap
dan tuangkan ke atas drumstick.
Perap dalam peti sejuk selama 12 jam.
Kemudian boleh dibarbeku.

Nota : Boleh juga gunakan kepak ayam.


IKAN KEMBUNG BALUT DAUN PISANG

Bahan-bahannya
Ikan kembung secukupnya
daun pisang (secukupnya)
10 helai daun limau purut dihiris halus
200 gram cili hidup merah
100gr lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
kicap manis secukup rasa
garam
serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya

Cara-caranya
Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang.
Letak ikan diatas daun pisang dan lumurkan dengan rempah yang telah dikisar.
Kemudian balut daun pisang dan disematkan dengan lidi.
Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk dibarbeku.

KEBAB
Bahan-bahannya
2 cawan jus tomato
½ cawan mentega
¼ cawan bawang besar, dicincang halus
1/3 cawan sos tomato
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu besar sos Worchestershire
1 sudu teh sos tobasco (yang pedas tu)
2 pound daging lembu, potong dadu 1 inci
200 gram cendawan butang segar, buang batangnya
tomato ceri secukupnya
1 biji bawang besar, dibelah empat
1 biji capsicum hijau, potong 1 inci persegi
lidi satay secukupnya
(sebaik-baik lidi satay direndam dengan air, jadi bila dibarbeku lidi tak mudah patah)

Cara-caranya
Panaskan kuali,
campurkan jus tomato, mentega, bawang, sos tomato, garam, lada hitam, bawang putih, sos Worcestershire dan sos tobasco.
Biarkan ia reneh selama 30 minit.
Angkat dari atas api dan biarkan ia sejuk.
Cucuk daging, cendawan, tomato ceri, bawang dan lada capsicum ke lidi yang telah direndam air.
Bila hendak barbeku, sos yang dimasak tadi disapukan dan barbeku.

SATAY
Bahan A
1kg daging kambing/ peha ayam/ lembu
250 gram gula pasir
garam secukup rasa
lidi sate

Bahan A - Untuk dikisar
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
sejari halia
sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih

Bahan B
1 biji buah keras, ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu makan minyak makan
(kesemua bahan B ini dibancuh)

Bahan C - Kuah Sate
600 gram kacang tanah, digoreng dengan sedikit minyak
60 gram asam jawa
240 gram gula pasir
2 batang serai, dititik
sejari lengkuas, dititik
minyak untuk menumis

Bahan C - Untuk dikisar
30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup40 g belacan

Cara untuk Bahan A
Daging dicuci bersih dan ditoskan.
Hiris daging mengikut citarasa anda, tetapi selepas dihiris jangan dicuci lagi.
Gaul hirisan daging in dengan Bahan A yang telah dikisar, gula dan garam sehingga rata.
Perap selama 2 atau 3 jam supaya rempahnya meresap.
Barulah dicucuk dengan lidi.
Bakar diatas tempat pembakar sate dengan menggunakan bara arang.
Renjis dengan Bahan B dan bakarlah sehingga ia garing dan masak.
Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.

Cara untuk Bahan C - Kuah Sate
Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus.
Asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis.

1 comment:

  1. Good Day to you Mrs.Saadiah.

    Im impressed with your blog page and please continue doing so..


    thank you... =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...