Wednesday, May 18, 2011

Kombinasi Akal Dan Nafsu pada Manusia

Kombinasi Akal Dan Nafsu pada Manusia


Unsur manusia ada 2: lahir dan batin. Unsur batin manusia ada 3: hati, akal dan nafsu.
Nafsu ada 7 peringkat:
  1. Ammarah nafsu yang sangat jahat.
  2. Lawwamah nafsu yang lemah mujahadah
    kerana itulah selalu sahaja mencerca dirinya
  3. Mulhamah nafsu yang sudah mula terpimpin
    dan terdidik tapi belum kuat, belum mendarah mendaging, masih di dalam kebimbangan lagi
    Itulah nafsu orang yang soleh
  4. Nafsu Mutmainnah, nafsu yang sudah tenang
    Ia tidak dapat lagi digugat oleh kesenangan
    mahupun kesusahan, sudah dapat darjat wali kecil
  5. Nafsu Radhiah, nafsu yang sudah redha
    apa sahaja yang telah ditentukan oleh Allah Taala sama ada senang mahupun susah
  6. Nafsu Mardhiah, nafsu yang Tuhan pula redha
  7. Nafsu Kamilah kemuncak kebersihan nafsu
    ini hanya ada pada rasul-rasul
    dan para nabi sahaja
Akal pula ada 6 peringkat
  1. Akal genius atau abqari
    kekuatan berfikir yang luar biasa dan istimewa mungkin seratus juta seorang di dalam satu zaman
    Akal ini mampu membuat teori
    atau membuat penemuan-penemuan baru
    dikatakan membuat matan satu-satu ilmu
  2. akal cerdik
    mampu menghurai teori-teori tadi
    atau matan hingga mudah difaham oleh ramai
    Mungkin 10 juta seorang sahaja yang mendapat IQ ini
  3. IQ cerdik biasa
    dapat memahami sebahagian apa yang sudah dihurai dan diperjelas jika seseorang itu
    diberi pelajaran yang cukup
    Golongan ini agak banyak
  4. IQ Biasa
    tidak cerdik dan tidak pula bodoh
    itulah yang teramai di dunia ini
  5. IQ Bodoh hanya faham yang asas-asas
  6. IQ dungu perkara yang asas pun susah untuk mereka faham.
Di antara kombinasi hati, akal dan nafsu ada beberapa yang menarik:
  • Ideal: Hati bersih & hidup, nafsu terdidik (minimal muthmainnah), akal kuat. Orang seperti ini akan dapat banyak membangun peradaban dunia & akhirat
  • Biasa: Hati bersih & hidup, nafsu terdidik (minimal muthmainnah), akal lemah. Orang seperti ini selamat dunia akhirat, namun tidak dapat banyak berperanan secara fisik di dunia.
  • Berbahaya: Hati mati, nafsu tidak terdidik (amarrah), akal kuat / genius. Orang seperti ini akan sangat mampu merusak dunia. Orang seperti ini tidak selamat di akhirat dan merusak dunia
  • Berbahaya: Hati mati, nafsu tidak terdidik (amarrah), akal lemah. . Orang seperti ini tidak selamat di akhirat namun kurang mampu merusak dunia
Hati dapat mempunyai sifat buruk dan sifat baik. Hati ini bisa mati/ kotor kalau tidak diberi makanan hati yang baik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...