Wednesday, May 18, 2011

Tazkirah diri

20 Perkara Jangan ...



20 Perkara Jangan

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang
menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan
keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang
seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat
perkara-perkara yang terkena batang hidung kita sendiri. Tetapi
sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara
satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia
InsyaALLAH



1)Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
2)Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut
kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3)Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.
4)Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak
berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5)Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal, kerana
berpagi-pagi itu membuka pintu berkat
6)Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki
kita di kongsi syaitan
7)Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut
kita mati dalam perjalanan
Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
9)Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa
10)Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya
11)Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh
datang bila-bila masa
12)Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah
13)Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan
kita. Hilang bahagia.
14)angan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15)Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.
16)Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17)Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
1Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
19)Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
20)Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab
semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaannya.....



semoga kita dapat selidiki kelemahan kita,kalu ade yg kiter pernah
terbuat tu elakkannya drpd berlaku lagi...

waallahua'lam........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...