Tuesday, May 10, 2011

Perkahwinanku

 

PERKAHWINANKU



Alangkah bagusnya
Jika aku juga boleh tidur dalam hatimu
Tanpa curiga atau ragu
Sebagaimana kau lena dalam diriku
Tidak perlu cemburu kerana kau pun tahu
Aku tetap untukmu



Tapi aku perempuan yang kau kahwini
Saperti  perempuan-perempuan lain yang
Bergelar isteri
Tetap menyimpan sedikit ruang
Untuk pelbagai kemungkinan
Bukan hati tidak bahagia
Sedikit ragu itu perkara biasa
Terpaksa ku simpan juga sedikit rasa
Tidak percaya



Maafkan aku suami
Kerana terlalu menyintaimu
Aku menjadi isteri yang cepat terasa



Perkahwinanku

Kita suami isteri keluar pagi
Pulang senja
Kau dengan  staf-staf mu
Aku dengan kerenah bosku
Malam nanti kita kongsi cerita
Kongsi rindu setelah sehari tidak bertemu
Biarkan dunia dengan masaalahnya
Kita bahagia antara kita



                                                     SalmiHassim 
                                                    10 April,1983







2 comments:

  1. waaa.. mendayu sungguh sajak mak. ni.. huhu.. so touching la mak.

    ReplyDelete
  2. Thanks ...sajak tu lama dah mak buat abah suka bait2 nya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...