Friday, May 20, 2011

Kelebihan surah Al-Kausar

Assalamualaikum..

SURAH al-Kautsar adalah surah ke-108 dalam al-Quran. Ia juga dikenali
sebagai surah *Nikmat Yang Banyak* dan mengandungi tiga ayat.


Maksud ayat surah itu ialah: *Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu
nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah
(fisabililah).

*Sesungguhnya, orang yang membenci-Mu, dialah yang terputus dari rahmat
Allah.*

Surah ini menganjurkan agar umat Islam sentiasa beribadah kepada Allah dan
berkorban sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan-Nya.

Faedah membaca surah ini ialah:


Membacanya sebanyak tujuh kali pada waktu hendak tidur, maka Allah
membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki.


Siapa yang membacanya tujuh kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada,
akan dilindungi Allah kebajikannya.


wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...