Wednesday, May 18, 2011

Buah Tamar Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung

Di dalam Quran terdapat satu kisah yang berhubung kait dengan pemakanan buah tamar semasa mengandung iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 hingga 26.Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa.Allah menjelaskan, “Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan.’ Maka Jibrail menyeru dari tempat yang rendah dengan berkata, ‘Janganlah kamu bersedih hati,sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu.Dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.Maka makan,minum dan bersenang hatilah kamu.’

Khasiat Buah Tamar

Buah tamar merupakan antara buah yang kaya dengan pelbagai khasiat.Ia adalah makanan yang penting bagi Nabi dan keluarga baginda.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim,Aisyah berkata, “ Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan.Yang ada(untuk dijadikan makanan)hanyalah buah tamar dan air.Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.”
Dalam riwayat yang lain Imam Bukhari dan Muslim melaporkan,Abdullah bin Jaafar berkata, “Saya melihat rasulullah memakan tamar dan sayur dari jenis mentimun.
Pada bulan Ramadan umat islam digalakkan berbuka puas dengan buah tamar.Abu Daud,Tirmizi,Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkankan kata nabi yang bermaksud, “Apabila seseorang berbuka puasa,berbukalah dengan buah tamar.Apabila dia tidak memperoleh buah tamar,berbukalah dengan air kerana air itu pembersih.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...