Tuesday, May 3, 2011

3 huruf yang amat berguna didunia dan diakhirat

Pertama Kematian
Perkataan yang akan menjadi tetapi kamu walau dalam keadaan mana sekalipun
Kunjungannya tidak bertarikh dan boleh ditetapkan
Ia merupakan kunjungan paling istimewa
Akan membinasakan mereka yang perkasa sehimgga menjadi debu….
Apakah anda sanggup menghadapinya ???

Mati

Perkataan yang akan memisahkan manusia daripada kehidupan dan tidak akan kembali..
Atau tiada lagi pertemuan di alam dunia ini.
Semua peristiwa tidak akan bersama kamu lagi malah segalanya hanya akan menjadi kenangan
Walaupun ianya memisahkan kamu dalam beberapa detik sahaja
Mayat 
Gelaran atau anugerah yang akan kamu terima dalam satu ketika nanti
Ianya gelaran yang kamu terakhir didalam kehidupan ini.
Apakah kamu sanggup menerima pangkat kebesaran ini ???
Kubur 
Adalah kediaman yang akan kamu diami selepas kediaman mahligai yang telah kamu bina di dunia dahulu.
Lubang yang berdindingkan tanah tanpa tingkap dan cermin
Tanpa kemewahan dan tanpa pilihan
Kebangkitan
Hari temu janji apabila kamu dikeluarkan dari kubur kamu, samada wajah kamu bercahaya  atau wajah kamu dipenuhi dengan penuh penyesalan
Perhimpunan
Persidangan daripada permulaan kejadian sehingga penghujung kejadian..
Kamu dikembalikan seperti mana dilahirkan, kamu akan sibuk dengan urusan yang telah kamu sibuk lakukan di dunia dahulu
Kamu akan dipersoalkan tanggungjawab terhadap anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, keturunan kamu, ibu bapa kamu dan semua mereka yang berada dibawah tanggungan kamu
Pembentangan atau menunggu keputusan amalan kamu
Keputusan yang Maha Besar dalam penentu kehidupan kamu akan datang
Kamu akan menunggu keptusan atau perbicaraan tersebut selama lima puluh ribu tahun
Kamu akan dipanaskan oleh cahaya matahari yang jaraknya satu kilometer daripada kepala kamu
Air peluh adalah mengikut kadar pekerjaan jahat  yang telah kamu lakukan di dunia dahulu
Syurga 
Kediaman Abadi yang akan kekal selama-lamanya buat mereka yang mempersembahkan segala ketaatan kepada Allah SWT semasa di dunia, mereka akan kekal berada dalam nikmat dan kebahagiaan…
Semoa kita semua akan mencapai kedudukan tersebut… Amin Ya Rabbal Alamin.
Neraka
Kediaman yang penuh penderitaan, kediaman bagi mereka yang telah Allah SWT kecewa perbuatan mereka di dunia dahulu..
Semoga kita dilindungi oleh Allah SWT daripada kediaman ini

* Ya Allah, rahmatilah kami, ringankanlah azab pada kami diatas keterlanjuran maksiat kami..
Redhalah kami, terimalah permohonan kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
( * Doa diatas adalah salah pada aqidah Ahlu Sunnah Waljamaah kerana mereka yang memgulangi dosa secara sengaja dan mempersendakan amaran Allah SWT tidak layak dirahmati dan kasihani tetapi lebih layak digandakan azab setimpal dengan persendaan mereke kepada amaran, arahan dan hukum Allah SWT yang terkandung didalam Al-Quran dan Al-Hadis .
Mereka yang layak dirahmati dan diampuni adalah mereka yang tidak sengaja melakukan dosa dan tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut, malah sentiasa bertaubat kepada Allah SAW sebagai mana Rasulullah SAW memohon keampunan atau beristighfar kepada Allah SWT sebanyak 70 kali sehari )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...